Selamat Melangkah ke Alam Persekolahan

4 Januari 2012. Mursyid mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan. Lepas ni kena bangun awal pagi, mandi, solat subuh dan bersiap memakai pakaian seragam dan bertali leher (budak darjah 1 pun kena pakai..kesian kat budak). dan kemudian ke sekolah. Mursyid masuk kelas 1 Bestari. Hari pertama kami hantar nampak diam je. Tapi takdelah menangis. Mungkin dah biasa dengan sekolah semasa pra.

Hari pertama Mursyid beli Mi Goreng dan Ayam Goreng. Katanya ayam goreng tu tepungnya sedap. Harga sepinggan mi goreng dan ayam RM1.50. Hari kedua kami bagi RM1.00. Nak bagi dia berjimat sikit. Bila cek duit masa balik ada baki lagi 70 sen. Bila tanya makan apa Mursyid kata dia makan nugget je. Bila tanya kenapa tak beli mi atau nasi Mursyid jawab Semua mi dengan nasi ada ayam atas dia. RM1.00 tak cukup. Mursyid jawab dengan muka macam nak menangis. Lepas hari tu aku suruh En Isteri bagi duit lebih sikit. Biarlah dia makan nasi/mi goreng lauk ayam hari-hari. Kesian pulak. Dulu 30 sen dan cukup untuk ke sekolah. 20 sen untuk Mi Calong dan 10 sen untuk air sirap. Sekarang RM1.50 belum tentu cukup untuk belanja.

Petang Mursyid akan ke KAMUS. Sekolah agama petang. Apa nama penuh dia pun aku tak ingat. Hari pertama Mursyid mengeluh penat. Lepas solat Maghrib dia nak tido katanya. penat sangat. Aku pesan kat En Isteri jangan tanya dia penat ke tak. kadang-kadang psikologi je penat ni. Bila orang tanya penat baru akan rasa penat. Padahal kalau biar OK je. Sekarang kalau dah balik sekolah petang pun boleh main bola lagi. Cuma malam kena tido awal. Lepas Isyak kena tido dah. kalau tidak lambat bangun pagi. Ayat biasa lepas isyak. 'Cepat tido.. esok nak skolah.. tak tido abah rotan..."