Sempena cuti kali ni kami mengambil kesempatan untuk membawa tentera-tentera kami bercuti. Setelah merancang strategi akhirnya aku come out dengan plan 3+1. Lokasi percutian ialah di Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Tetapi mengenangkan hajat nak bawak En Isteri makan di Kedai Ikan Patin Pak Usop kat Temerloh masih belum tercapai maka perancangannya on the way ke sana singgah di situ terlebih dahulu bagi makan tengah hari. Satu lagi hajat di hati yang belum tercapai ialah untuk membawa anak-anak aku ke Kuala Gandah, Lancang untuk melawat gajah-gajah di situ. Jadinya on the way balik aku plan untuk singgah di situ. Alhamdulillah semua plan berjaya diexecute dengan jayanya.
| Colmar tempatnya cantik. Tapi makanan agak kureng confident sikit kehalalan toyyibannya. Kami bawak dapur sendiri. Tapau ikan patin pak usop dan nasi dan panaskan untuk makan malam. |
| Rabbit Farm. Ada banyak rabbit. kena naik shuttle bus untuk ke sini. |
| Kolam ikan dan Swan. Dekat hotel je. |
| Japanese Village. Pun kena naik shuttle bus memanjat ke puncak bukit. adventurous gak. Tapi Japanese Village ni dalam proses renovation. So takde menda yang menarik sangat. |
| Kuala Gandah. Budak-budak memang exitedla tengoh makhluk besar ni. Aku sampai sebelum pukul 12. Takde orang dan takde gajah lagi. Rupanya aktiviti start pukul 2 petang. So kena tunggula. |
| Orang dah start ramai. yang memang stay kat sini anak gajah je. Gajah besar dalam hutan belantara. Pukul 2 baru Mamut (pelatih gajah) dia amik dan bawak ke sini untuk pertunjukan |
0 comments:
Post a Comment