Selamat menghantar bibik ke-2 aku pulang ke Indonesia. Lega rasanya. Balik rumah pun terasa lapang.. seluas mata memandang..
Dulu bibik no 1 bertahan 2 minggu je.. bibik yang ni lama sikit... lebih kurang 7 bulan. setelah terbongkar skandalnya maka kami mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
Bibik no 2 ni asalnya dari Medan Indonesia..umur 24 tahun..telah berkahwin dan ada 2 orang anak. Mulanya nampak ok.. rajin buat kerja. Tapi sangat kasar kerjanya. tiap2 kali balik hujung minggu kerja aku membetulkan rumah je...sliding tercabut, plug tanggal, mop patah, katil bengkok dsb. Menipu memang toksah cakaplah.. kata2 dusta ibarat zikir di bibir ahli sufi.. sanggup junjung Quran walaupun dah sah-sah menipu. Makan kuat.. tak macam bibik2 indon lain. Pernah terkantoi sekali masa En Isteri buat spot cek balik rumah. Makan dengan lauk ayam goreng + telur goreng dll. stok makanan dan minuman pun cepat habis. tapi takpelah part tu kami masih boleh sabar lagi.
Sehinggalah beberapa kali waktu En Isteri balik nampak dia berborak2 depan rumah sambil mengusung Musyrif dengan tukang mesin rumput kawasan tu. Bila ditanya dia jawab orang tu mintak air. Kemudian beberapa kali ternampak pulak dia bersembang2 dengan santai dengan tukang kutip sampah setiap pagi kat belakang rumah. Bila ditanya macam biasa dia jawab 'mintak air'. En Isteri perlilah.. 'rumah lain pun dia mintak air jugak ke?' tapi dah dasar ICT..eh..dasar indon.. ada dia kesahh??
Kemuncak suspisious bila satu pagi yang sepatutnya waktu tu En Isteri dah pegi keje tiba2 ada orang ketuk pintu belakang beberapa kali. Waktu tu En Isteri ada kat dapur. Bila bukak pintu ada orang tukang kutip sampah tu sangkut sayur kat belakang pintu rumah. En Isteri pun pegi dekat tukang kutip sampah tu dan tanya. Maka pucat lesilah tukang kutip sampah tu terkial2 memberi alasan..'Ratna kirim sayur..'
Bila dah terlalu banyak kali terserempak maka En Isteri pun menghantar email kepada jiran2 untuk bertanya kot2 ada jiran pernah terserempak. Maka banyak la info yang kami terima. Memang kerja dia sewaktu takde orang kat rumah dia akan mengusung Musyrif kehulu hilir mencari jantan2 kabaret..bersembang tengah panas.. patutla tiap kali aku balik hujung minggu aku tengok si Musyrif tu makin gelap.. Makcik belakang rumah pun bercerita sebenarnya si bibik tu yang mengoffer air pada setiap lelaki yang melintas belakang or depan rumah.. huh sungguh kelaparan bibikku ini.Maka setelah mendapat info tersebut maka kena bambula bibik tersebut. Bukan apa.. sebelum dia bawak lelaki2 tu masuk rumah aku lebih baik sound awal2. En Isteri nak fired dah masa tu.. aku kata sabar dulu.. bagi chance. kot2la dia berubah. dan malam tu penuh dengan drama swasta indon dengan tangisan keinsafan.
Esoknya.. tak nanti sebulan kemudian. waktu En Isteri pulang bekerja esoknya nampak si tukang mesin rumput berlegar depan pintu rumah dan pintu rumah terbukak. Bila si En Isteri tanya maka di jawabnya 'sumpah ..aku tak jumpa dia.. aku sanggup junjung Quran.'.. so takpelah.. tak berapa minit ada jiran call bagitau yang si tukang mesin rumput dan bibikku yang dikasihi bercengkerama depan rumah dia.. dan lepas dia halau baru blah.. maka lepas aku mendapat perkhabaran yang demikian maka aku pun mengeluarkan arahan..'terminate!'.
Maka kami pun bersusah payah mendapatkan tiket flight untuk dia pulang ke Medan. Dekat RM250 jugakla kopak.. bibik lain jeles je ..'Nyaman sungguh pulang naik pesawat..' rupanya biasanya orang hantar balik naik feri/kapal je.. huh...
Bila dah balik barulah cerita dia terbongkar.. bibik kat rumah PD yang bgtau. rupanya bibik aku tu mula2 dan jatuh chenta dengan tukang pemotong rumput.. tapi selepas berkenalan dengan pemungut sampah belakang rumah tu maka chentanya beralih angin kepada tukang pungut sampah yang gemuk keriting dan hitam legam itu (apa punya taste daa..). Katanya ibu dan bapa pemungut sampah itu sudah suka sama dia.. dan lepas raya nanti dia nak kembali ke Muadzam berjumpa kekasih hatinya...OMG. bukan ke dan berlaki dan anak 2 ke kat indon sana..
Sewaktu pulang ke rumah Muadzam maka terjumpalah surat2 chentanya yang tak sempat dihantar kepada si pemungut sampah berkenaan. Surat yang penuh dengan perkataan2 kangen, rindu, pulang bersama membuatkan aku geli geleman..mujurlah aku dah terminate.. aman rumah tangga aku daripada cinta ntah berapa segi dan kecurangan rumah tangga seperti dalam sketsa indon yang anda semua semua tonton hari2..

1 comments:
Saya google tukang kutip sampah, saya terjumpa entry ni. Menghiburkan hehehe sbb saya dah lali dgn cerita bibik ni. Hai salam perkenalan.
Www.adilaayl.com
Post a Comment