Trip to Kelantan

Ke Kelantan pada 26 Mac hingga 28 Mac kerana ada meeting di UMK. Oleh kerana En Isteri nak join jugak so aku tak jadi naik flight. Last trip ke Kelantan kira-kira 2 or 3 tahun lepas. Masa tu anak baru 2.. sekarang dah 4. 

Restoren Sri Gaung. Tak sempat amik gambar lauk..
Bertolak Sabtu ikut Jerangau. Jalan berlubang sini sana. tak kurang 3 or 4 kali masuk lubang besar...habis tayar..baru minggu lepas tukar tayar baru. Sampai di Kuala Berang singgah di Restoren Sri Gaung. Masakan kampung dia memang superb. Ikan Baung masak asam dia paling best. Kami test siput sedut dan kuah belimbing  buluh dia pun terangkat dibuatnya. Kedai makan ni Kamal yang perkenalkan masa balik dari trip Kenyir hari tu. Hajat nak bawak En Isteri makan kat sini tercapai jugak akhirnya. 

Pemandangan dari hotel
Seterusnya bertolak ke Kota Bharu. Kami sampai di Renaissance lebih kurang jam 4.30 petang. 8 jam drive. memang memenatkan...kena plak malamnya ada earth hour... so bergelap dalam bilik selama 1  jam. 

Radix FC KB
Aku dan En Isteri pergi melencong ke Radix FC plak lepas solat maghrib. lepas tu balik hotel hantar makanan ke budak-budak. Lepas tu melencong lagi cari Kari Gear Box yang terkenal di KB. Roti telur dan kari gear box dia memang best. di tambah lagi dengan hujan renyai-renyai di luar..

Lepas habis meeting di UMK melencong cari kedai ayam kampung pulak. Apa nama kedai pun aku tak ingat. tapi kedai tu ada dalam GPS papago. Kedai tu pun ok.. kami order sup tulang, ayam kampung goreng, ayam kampung gulai dan ulam-ulaman...tak lupa juga kepada En budu yang membuka selera

Kari Gear Box. Powerr!!
Habis makan terus shoot ke KT. Kami menginap di kuarters polis KT. Hujan lebat di KT. Petang ajak Ijah makan-makan kat sebelah airport. Keropok dan sotong celup tepung memang terkenal kat sini. Malam pulak ajak Cik makan. Dia bawak ke restoren bawah jambatan kat Kuala Ibai. 

Esoknya pepagi dah cari keropok kat restoren Kak Yah lepas tu ke Stesyen bas cari tudung jap.. lepas tu bertolak balik... 

Terima kasih kepada En Papago dan En Garmin bagi trip kali ini. Kalau harapkan aku rasanya ntah mana-mana sesat...

0 comments: