Hari Raya Korban 2010



Tajuk : Korban 1
Lokasi : Masjid Muadzam Shah

Tahun ni raya di Muadzam je la jawabnya. Mak Abah ke Melaka jaga anak-anak Along yang mengerjakan haji tahun ni. Lepas semayang raya boring tak tau nak buat apa jadi aku bawak Mursyid dan Mukmin pegi tengok orang semelih lembu kat Masjid Muadzam.

Standby untuk ditumbangkan
Sesi mengikat kaki
Arwah

Tajuk : Korban 2
Lokasi : Ibu Kota



"Aku bagi dia pilihan tadi, bodoh! REST. Aku bagi dia [pilih] KLCC atau aku... Dia pilih KLCC, bodoh!".

Korban dan terkorban...

Pahang - NS - Melaka - Johor

PNB Ilham
Tour merentasi 4 negeri dilakukan bagi tujuan lawatan tapak bagi kursus yang akan diadakan bermula 30 Nov sehingga 3 Dis. Team dari UMP Gambang bertolak kira-kira jam 9 pagi dari Gambang dan singgah di UMP Muadzam untuk menjemput aku. 

Sampai di PNB Ilham kira-kira jam 1.30 petang. PNB Ilham ni sebenarnya  dalam Melaka tapi menggunakan alamat surat menyurat Port Dickson. Sedikit komen tentang PNB Ilham. Bilik dan environment ok cuma kelengkapan outdoor kurang di samping pantai yang kotor sehingga nak jejak kaki pun terasa geli.
Menara

Habis di PNB Ilham terus ke Puteri Resort Ayer Keroh... dah alang-alang.. dekat je pun. Puteri Resort kelengkapan outdoor lebih tersusun dan ada seorang Kapten yang incharge. Dari segi peralatan nampak baru dan meyakinkan disamping xtvt outdoor yang tersusun. Kelengkapan dewan pun ok cuma bilik tak dapat nak tengok sebab fully book. 

Puteri Resort
On the way balik Wahyu lencong ke Serkam disebabkan masing-masing dah kebulur. Aku bungkus asam pedas untuk En Isteri. Biasa aku pegi kedai yang belah depan.. rupanya kedai belah belakang tu lagi best. Dia punya sotong goreng tepung dan asam pedas akan diingat sepanjang hayat. Bila-bila2 ke Melaka boleh lencong ke situ lagi.

Balik lalu ikut Tangkak - Segamat diiringi dengan cerita-cerita hantu dalam suasana hujan renyai-renyai sehingga meremang bulu roma Encik driver masa tu.

Pindah

Kerja-kerja pindah memindah telah pun selesai dengan jayanya. Plan perpindahan telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan. Cuma satu je yang tak settle lagi iaitu nak mencari pembantu rumah. Harap-harapnya dapatla dalam jangka masa terdekat ni sebab lepas ni dah banyak kena outstation.
Jadi sekarang aku telah menjadi warga Muadzam Shah. Not bad la Muadzam .. keperluan asas cukupla. bank, pejabat pos, balai polis, pejabat agama, klinik, hospital dan lain-lain. Cuma kalo kaki shopping memang mati kutula dibuatnya. Tempat shopping paling grand pun Tunas Manja jela yang ada. Tempat paling dekat pun Segamat. Sejam jugakla nak ke sana. 

70 kg

Bulan puasa dulu cuba menurunkan berat badan. Hasilnya 2 -3 kg je berjaya. Lepas tu dah terus lupa nak buang lemak. Kemudian lepas raya pening kepala dengan hal Bibik pulak.. lepas tu berulang dari Muadzam..lepas tu pening plan nak pindah rumah.. kemudian settlekan tempah lori.. angkut barang.. settlekan rumah .. bla.. bla...

Kata orang.. bila kepala kita serabut dengan menda-menda.. kita akan kurang selera makan.. mungkin ada betullnya.. sejak 2 3 menjak ni breakfast je yg aku selera... tengah hari kadang-kadang tak makan.. malam pun makan sikit je..

Masa mengemas barang untuk pindah rumah.. aku terpandang alat timbang berat yang tersuruk bawah almari bilik belakang.. aku try naik.. hasilnya.. berat aku dah turun 10kg..