Pindah

Kerja-kerja pindah memindah telah pun selesai dengan jayanya. Plan perpindahan telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan. Cuma satu je yang tak settle lagi iaitu nak mencari pembantu rumah. Harap-harapnya dapatla dalam jangka masa terdekat ni sebab lepas ni dah banyak kena outstation.
Jadi sekarang aku telah menjadi warga Muadzam Shah. Not bad la Muadzam .. keperluan asas cukupla. bank, pejabat pos, balai polis, pejabat agama, klinik, hospital dan lain-lain. Cuma kalo kaki shopping memang mati kutula dibuatnya. Tempat shopping paling grand pun Tunas Manja jela yang ada. Tempat paling dekat pun Segamat. Sejam jugakla nak ke sana. 

0 comments: